Sedih benar hari ni. Orang mungkin tahu. Sebab saya riakkan di wajah. Tak mahu menipu. Biar orang tahu saya benar dalam kesulitan, dan pilu.
------
Laptop seorang kawan hilang!
Dan, pesalah yang berkaitan termasuklah saya dan dua lagi kawan. Saya kira saya bersalah, sebab saya antara yang terakhir meninggalkan kelas.
Allah, saya benar-benar rasa bersalah!
Saya boleh kata, bukan saya yang buka atau tutup pintu kelas. Tapi, atas rasa tanggungjawab yang ayah dan emak ajarkan, saya diulit bersalah yang melampau. Umpama ada batu besar atas kepala saya.
------
Bukan risaukan apa, tapi cukup rasa bersalah kerna ghuflah saya menyebabkan seorang kawan ditimpa musibah. Allah, saya benar rasa kerdil, malu dan berdosa.
Kawan-kawan sekelas tahukah apa yang saya rasa? Mereka ada letakkan diri mereka di tempat saya kah? Saya tak tahu. Yang paling saya tahu, saya dalam lingkungan pesalah.
Saya mahu legakan rasa ini. Saya teramat mahu..
2 comments:
bagaimana status skrg?
ditengah-tengah...batu belum beralih. benar dalam tekanan, di hati, tiada siapa tahu ;(
kuat di luaran, tangis dalam keresahan. sabar..sabar, itulah kekuatan.
Post a Comment